Thursday, July 16, 2009

Syarahan(Faedah berjimat cermat

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,para hakim yand adil lagi bijaksana, guru -gura dan rakan -rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah "Faedah berjimat cermat"
Hadirin yang dihormati,
Faedah berjimat cermat bereti kebaikan yang diperoleh apabila kite berhemat dan berhati -hati ketika membelanjakan wang supaya tidak berlaku pembaziran.
Kita mestilah berjimat cermat semasa berbelanja supaya dapat menyimpan wang yang selebihny.Wang itu bolehlah kita simpan di dalam bank supaya selamat dan dapat digunakan untuk keperluan pada masa depan.
Berjimat cermat dapat mengelakkan kita daripada sikap membazir. Sikap membazir akan menyebabkan kita mengalami kesusahan pada masa depan. Kita juga akan menjaga kesihatan kita kerana kita tidak akan membeli barang yang boleh membahayakan kesihatan kita.
Para hadirin,
Sikap berjimat cermat dapat dilakukan dengan membeli barang yang perlu sahaja. Kita perlulah menyenaraikan barang yang ingin dibeli terlebih dahulu sebelum membeli. Ini bagi mengelakkan kita daripada membeli barang yang tidak perlu.
Setakat ini sahaja syarahan daripada saya. Saya ingin menegaskan sekali bahawa berjimat cermat dapat memberi banyak faedah kepada kite.

Sekain, terima kasih.

2 comments: